Pemain gitar Lefthanded, Abdul Samad meninggal dunia

KUALA LUMPUR 23 Okt. — Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.

Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang.

Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.

Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.

Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.

Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995. – Bernama

~ by joe on 24 October 2008.

2 Responses to “Pemain gitar Lefthanded, Abdul Samad meninggal dunia”

  1. sama2 kita sedekah al-fatihah kepada dia.. amin

  2. Al-fatihah……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: